1. Lemon Selain tinggi Vitamin C, lemon mengandungi asid citric yang membantu melunturkan kulit yang tidak sihat. Ini menjadikan lemo...

1.Lemon

  • Selain tinggi Vitamin C, lemon mengandungi asid citric yang membantu melunturkan kulit yang tidak sihat. Ini menjadikan lemon sangat mujarab sebagai ‘agen peluntur’ kulit.
  • Caranya:
    • Perahkan lemon untuk mendapatkan jusnya dan gosok pada kulit dengan menggunakan bebola kapas. BIarkan 5-10 minit sebelum dibilas dengan air.
    • Lakukan 2 kali sehari selama beberapa bulan dan anda pasti teruja dengan hasilnya.
    • Atau anda boleh juga manjakan diri dengan membuat mask sendiri. Campurkan jus perahan lemon dengan madu pada kadar yang sama banyak dan sebatikan.
    • Sapukan pada bahagian yang berjeragat. Tutup muka dengan tuala suam selama 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan seminggu sekali utuk beberapa bulan
2. Ubi Kentang mentah


  • Ha, jangan tak percaya yang kentang sebenarnya sangat banyak kegunaan dalam bidang kecantikan ni. Ia sangat mujarab dalam membantu memudarkan jeragat serta bintik-bintik hitam dan ruam yang ada dimuka kita ni.
  • Kentang mengandungi catecholase, iaitu enzim yang dipercayai dapat membantu mengatasi masalah kulit.
  • Caranya:
    • Kupas kentang dan potong kepada beberapa bahagian yang agak tebal. Letakkan beberapa titis air pada permukaan kentang dan gosokkan pada kulit muka selama 5-10 minit.
    • Bilas dengan air suam.
    • Lakukan 3-4 kali sehari selama seminggu.
    • Anda boleh juga parut sebiji kentang bersaiz sederhana dan perahkan jusnya. Tambahkan jus lemon yang sama kadar dengan jus kentang tadi, sebatikan.
    • Sapu pada bahagian yang berjeragat tadi dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Lakukan dua kali sehari untuk sebulan
3.Betik

  • Betik ni mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai papain.
  • Papain dikenali sebagai agen pengelupasan kulit mati yang sangat berkesan dan memberikan ruang untuk kulit kita menghasilkan sel yang lebih sihat tanpa sebarang cela.
  • Ia juga membantu anda yang mempunyai masalah kulit kering dan menjadikan kulit begitu lembut dan halus.
  • Ia juga mengandungi phyto-nutrient dan antioksidan yang boleh menjadikan kulit kita kelihatan muda dan berseri-seri.
  • Caranya:
    • Campurkan betik yang telah dikisar dalam 2 sudu besar ddengan 1 sudu besar gel lidah buaya, 1 sudu besar madu dan 1 sudu besar susu
    • Sapukan pada kulit yang ada masalah jeragat tagi dan biarkan selama 20-30 minit sebelum dibilas dengan air suam.
    • Lakukan setiap hari
  1. Cuka Epal Oganik
    • Cuka epal memang sangat terkenal dengan khasiatnya yang sungguh luar biasa. Rumah Zarith pun memang takkan putus bekalan cuka epal ni.
    • Ia sangat bagus untuk mengurangkan kesan jeragat dan bertindak sebagai pencerah kulit semulajadi dan menjadikan tona kulit lebih sekata.
    • Caranya:
      • Campurkan cuka epal dengan air suam pada kadar yang sama. Contohnya setengah cawan cuka epal dicampurkan dengan setengah cawan air suam.
      • Gunakan campuran ini untuk membilas kawasan yang ada jeragat. Biarkan selama 2-3minit sebelum dibilas dengan air suam.
      • Lakukan sehari 2 kali untuk beberapa minggu
      • Atau boleh juga tambahkan 2 sudu kecil cuka epal ke dalam setengah cawan air suam. Kemudian campurkan 1 sudu kecil madu. Amalkan minum campuran ini sehari dua kali, pagi dan malam untuk beberapa minggu
  2. Jambu Batu dan Pisang

  • Kedua-dua buah-buahan ini memang kegemaran Zarith. Kalau balik kampung memang ayah bekalkan untuk bawak balik USJ ni, pokok sendiri ayah tanam=)
  • Kandungan lycopene yang ada dalam jambu batu menjadikan ianya sangat hebat dalam membantu anda yang menghadapi masalah kulit sunburnakibat panas matahari dan juga masalah jeragat
  • Manakala pisang sangat membantu dalam pengelupasan kulit mati dan mencerahkan bahagian yang berjeragat.
  • Campurkan hampas pisang dan jambu batu dan sapukan pada kulit muka. Biarkan sehingga 15-20 minit. Lakukan setiap hari
    • Ada beberapa tumbuhan semulajadi yang Allah ciptakan mengandungi kandungan Resveratrol yang sungguh tinggi dan dapat membantu masalah jeragat dan juga masalah kulit yang lain. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu menjadikan kulit lebih sihat dan lebih muda dari usianya. Contohnya anggur muscadine
    • Resveratrol menghalang tyrosinase enzim dari berfungsi. Enzim ini yang menyebabkan kulit menghasilkan sel jeragat dengan giat sekali apabila terdedah kepada sinaran UV.
    • Jadi dengan pengambilan resveratrol dapat membantu kulit kita lebih cantik dan tiada cacat cela =)
Jeragat ni terbentuk bukan sehari dua, ia terhasil dari satu tompok kecik yang mungkin tidak kita sedari. Oleh itu, elakkan diri dari terdedah kepada sinaran UV secara kerap dan pendedahan terhadap haba secara terus. Kita memasak pun boleh sebabkan terhasilnya jeragat jika terdedah dengan haba pada masa yang lama.
Copyright © 2016 Suntikan Vitamin C Original. Powered by Blogger.